Followers

Naufal Di Taman Tema Air Pantai Sri 7

lepas geram setelah tidak dapat bermain banjir tepi rumah..balik terus crozzzzzzzzz sampai dah tak ingat susu,ultraman,bent 10....kapal terbang










Risiko sakit jantung bagi penonton TV

MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam.

Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011.
Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali.
Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko maut akibat kardiovaskular.
Kajian ini juga mencadangkan faktor metabolik dan keradangan berkait dengan tabiat duduk lama dan risiko kesihatan jantung.
"Orang yang menghabiskan masa berlebihan di depan skrin seperti menonton televisyen akan mempunyai kebarangkalian untuk mati secara tiba-tiba dan menderita masalah berkaitan kesihatan jantung.
"Analisis kami juga mencadangkan mereka yang menghabiskan masa dua jam ke atas setiap hari di depan skrin meletakkan dirinya berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung," ujar Dr. Emmanuel Stamatakis, dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Kolej Universiti London, United Kingdom.
Malah risiko kematian bagi mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton skrin hiburan meningkatkan sebanyak 125 peratus, berbanding 48 peratus bagi mereka yang cuma menghabiskan masa kurang dua di depan televisyen.
Tabiat tersebut meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, Indeks Jisim Badan (BMI) dan penyakit-penyakit berkaitan merokok.
Penemuan ini turut mencadangkan pengamal kesihatan awam membuat garis panduan dengan menganjurkan gerakan-gerakan senaman ringkas dan cara duduk yang betul terutama pada individu berumur dan menghabiskan banyak masa secara tidak aktif.
Antaranya seperti membongkok di bawah meja atau komputer.
"Ini sebenarnya tentang tabiat. Kita macam sudah diprogram, balik rumah terus tekan suis televisyen dan duduk sehingga berjam-jam lamanya. Memanglah ia satu perkara yang seronok dan senang dibuat, tapi ketahuilah dengan tabiat seperti itu memburukkan kesihatan jantung dan kesihatan anda secara keseluruhannya," ujar Dr. Stamatakis.
Satu lagi penemuan hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal tersebut ialah, duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek.
Penyelidik juga akan mencari formula bagaimana untuk mengubah suai kehidupan demi mengurangkan masa duduk dan meningkat pergerakan dan senaman.
Secara umumnya, kajian tersebut telah melibatkan seramai 4,512 orang dewasa yang juga merupakan responden daripada Kajian Kesihatan Scotland 2003.
Sejak tahun tersebut sejumlah 325 kematian daripada pelbagai punca dan 215 penyakit berkaitan jantung terjadi sepanjang tempoh purata 4.3 tahun kaji selidik.
Waktu menonton yang diukur dalam kajian ini termasuk mereka yang suka menonton DVD/TV, permainan video dan termasuk menggunakan komputer untuk tujuan berhibur


sumber:Utusan/sains/kesihatan

Asid:Senjata Murah Paling Berbahaya

Boleh beli dengan wang kurang dari RM 10 ringgit,Asid merupakan satu sebatian yang mempunyi sifat masam dan menghakis,berasal dari bahasa latin Acidus yang membawa maksud masam.Asid merupakan bahan yang penting dalam menjana ekonomi negara terutama dalam industri getah untuk membekukan getah cair sebelum dihantar ke kilang.
Namun akhir2 ini asid telah menjadi alat untuk melunaskan dendam serakah dan hasad dengki yang membawa kesan yang amat tragis,terutama yang berlaku kepada sebuah keluarga di tanah air kita,cukup dasyat.Mungkinkah kerana harganya murah atau tiada undang2 khusus yang disyaratkan kepada pembekal, pembeli dan penjual supaya asid tidak boleh disalahgunakan.

Ganjaran Bola:Gula Atau Racun

Sememangnya tahun 2010 merupakan tahun kegemilangan bola sepak dalam hidupku mahu kan tidak kelantan negeriku berjaya merangkul mahkota malaysia menewaskan negeri 9,negeri ku jugak penakluk Piala Emas Raja-Raja Melayu dengan menewaskan kedah,kegembiraan kemuncak pabila malaysia memahatkan namanya dalam pemenang Piala Suzuki AFF di Jakarta.Maka berbulan2 arus perdana meraikan pemain dan kakitangan dengan slogan" wira".
Maka berduyung2 pujian dan tak lupa juga mereka yang baik hati ingin menghadiahkan itu dan ini,sebagai mengenang jasa.bagiku bukan cemburu tak tentu pasal cuma ingin menoleh kebelakang membaca sejarah...

Dulu bola sepak sezaman arwah Mokhtar Dahari mereka pernah meletakkan nama Malaysia setanding dengan Eropah bahkan menjadi pasukan yang ingin ditewaskan oleh pasukan Jepun,China dan sebaginya.Mereka tidak banyak mendapat habuan di atas keringat mereka,mungkin bagiku ketika itu negara kita masih lagi tak semewah seperti sekarang tetepi agak tidak terlewat kesedaran itu muncul jugak walaupun hadir selewat usia mereka..sekarang banyak pujian dan penghargaan yang dilontarkan kepada mereka bagi mengenangkan jasa mereka.selepas itu era bola sepak negara menusuri zaman kelam dimana ada yang melebelkan pasukan negara sebagi budak belasahan,sekadar memnuhi group yang bertanding dan budak baru belajar mana tidaknya negara2 yang dulunya menjadi belasahan kita kini telah menjadi pasukan hebat dan jogaan asia.

Bagiku memang patut mereka diberi habuan dan pujian memandangkan mereka berada dilandasan yang tepat untuk menaikkan semula imej bola sepak negara dan negeri masing2 cuma habuan yang diberikan janganlah terlalu berlebihan sehinggakan mereka hanyut dalam mimpi ataupun jangan biarkan mereka naik toncang yang boleh melemahkan mereka dan memaksa kita kembali kezaman gelap lagi

banjir ko banjir

http://m.malaysiakini.com/news/152882

Shared by Malaysia News for Android.'>Mangsa banjir di K'tan meningkat, T'ganu berkurangan - Malaysiakini
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sekitar Hari Jadi Naufal Danish & Mama 8 Januari 2011

Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar seperti mana telah yang dirancang. Teratak Danish dipenuhi dengan suara kanak2 rebina dan ahli keluarga yang datang sekitar 50 orang bagi memeriahkan majlis sambutan ari jadi naufal dan mama.Majlis dimulai dengan solat hajat dan berakhir pada azan maghrib dengan juadah kira 7 resipi (mee kari,bihun goreng,kentang koreng,KFC,koktel,laksa pinang,pulut kuning,2 kek harijadi) abih.Yang datang tolong time kasih,yang datang makan terimakasih,yang datang bawa hadiah pun berbanyak terima kasih.















Syura Kelab Megrewa


Alhamdulillah segalanya telah berjalan mengikut rancangan asal.Penat jerih semenjak pagi lagi, akhirnya wajah girang terpancar diwajah sukarelawan majlis assyura kelab magrewa dengan disambut sekali-sekali kedengaran suara kanak-kanak rebina yang berebut untuk menjamu syura yang masih lagi kepanasan. Hujan yang turun renyai2 dan kadang2 agak lebat telah membuat majlis ini bertambah meriah maklumlah tak kena tambah air,pakai air hujan je..Ha2.Tahniah kepada pencadang,penyelaras,sukarelawan dan juru makan yang diundang dan yang tidak diundang.Majilis ini berjaya mengacau 3 kawah syura!