Sememangnya tahun 2010 merupakan tahun kegemilangan bola sepak dalam hidupku mahu kan tidak kelantan negeriku berjaya merangkul mahkota malaysia menewaskan negeri 9,negeri ku jugak penakluk Piala Emas Raja-Raja Melayu dengan menewaskan kedah,kegembiraan kemuncak pabila malaysia memahatkan namanya dalam pemenang Piala Suzuki AFF di Jakarta.Maka berbulan2 arus perdana meraikan pemain dan kakitangan dengan slogan" wira".
Maka berduyung2 pujian dan tak lupa juga mereka yang baik hati ingin menghadiahkan itu dan ini,sebagai mengenang jasa.bagiku bukan cemburu tak tentu pasal cuma ingin menoleh kebelakang membaca sejarah...
Dulu bola sepak sezaman arwah Mokhtar Dahari mereka pernah meletakkan nama Malaysia setanding dengan Eropah bahkan menjadi pasukan yang ingin ditewaskan oleh pasukan Jepun,China dan sebaginya.Mereka tidak banyak mendapat habuan di atas keringat mereka,mungkin bagiku ketika itu negara kita masih lagi tak semewah seperti sekarang tetepi agak tidak terlewat kesedaran itu muncul jugak walaupun hadir selewat usia mereka..sekarang banyak pujian dan penghargaan yang dilontarkan kepada mereka bagi mengenangkan jasa mereka.selepas itu era bola sepak negara menusuri zaman kelam dimana ada yang melebelkan pasukan negara sebagi budak belasahan,sekadar memnuhi group yang bertanding dan budak baru belajar mana tidaknya negara2 yang dulunya menjadi belasahan kita kini telah menjadi pasukan hebat dan jogaan asia.
Bagiku memang patut mereka diberi habuan dan pujian memandangkan mereka berada dilandasan yang tepat untuk menaikkan semula imej bola sepak negara dan negeri masing2 cuma habuan yang diberikan janganlah terlalu berlebihan sehinggakan mereka hanyut dalam mimpi ataupun jangan biarkan mereka naik toncang yang boleh melemahkan mereka dan memaksa kita kembali kezaman gelap lagi


No comments:
Post a Comment