Followers

Syura Kelab Megrewa


Alhamdulillah segalanya telah berjalan mengikut rancangan asal.Penat jerih semenjak pagi lagi, akhirnya wajah girang terpancar diwajah sukarelawan majlis assyura kelab magrewa dengan disambut sekali-sekali kedengaran suara kanak-kanak rebina yang berebut untuk menjamu syura yang masih lagi kepanasan. Hujan yang turun renyai2 dan kadang2 agak lebat telah membuat majlis ini bertambah meriah maklumlah tak kena tambah air,pakai air hujan je..Ha2.Tahniah kepada pencadang,penyelaras,sukarelawan dan juru makan yang diundang dan yang tidak diundang.Majilis ini berjaya mengacau 3 kawah syura!




Jom Pakat Kucar Syura

Menjelang 10 Muharram tiap-tiap tahun baru Hijrah akan kedengaran jemputan dan pelawaan samada mahukan pertolongan tenaga untuk mengacau bubur yang di panggil Syura (istilah dikampungku) ataupun kepada sesiapa yang mahu berkongsi barangan meterial dalam membuat syura tersebut.
Tradisi ini masih lagi berterusan dikampung2 yang majoritinya melayu Islam. Sejak pagi syura dikacau dan mengambil masa sehingga petang maka dimasa itu kita boleh melihat berduyung2 budak2 beratur dengan menadah tempurung atau tapware untuk menjamu selera.
Selain daripada kebaikan yang dapat dilihat daripada tradisi tersebut seperti amalan gotong-royong,keakhraban saliturrahim dengan ahli mukim dan meraikan kanak-kanak serta golongan miskin,mungkin kita tertanya-tanya adakah pemuda dan pemudi hari ini mengetahui apakah sebenarnya erti majlis Assyura ataupun sekadar tradisi yang disambut setaip tahun dalam bulan Muharram.
Aku pernah jugak terbaca beberapa artikel tentang Assyura dimana ia berasal daripada perkataan arab yang bermaksud hari yang ke- Sepuluh.Amalan Assyura sebenarnya telah disambut sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan berpuasa sunat pada 10 Muharram.Assyura  ada juga kaitannya dengan peristiwa besar iaitu  memperingati "Tragedi Karbala" yang berlaku pada 10 Muharram 61H.

Sebenarnya majlis Assyura yang disambut tiap-tiap tahun awal Muharram merupakan acara yang sarat dengan pengertian dan keinsafan semuga tradisi ini berterusan dan membawa keinsafan buat kita semua.

Kerajaan nafi Planet X akan langgar bumi

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

biomalaysia 2008 071008 maximus ongkiliMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lalu.

- Bernama
 
Sumber:malaysiakini

Indeks pembangunan manusia: M'sia di tangga 57

Malaysia menduduki ranking ke-57 dari kalangan 169 negara dalam kategori pembangunan tinggi manusia Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), jauh di hadapan Thailand (ranking ke 92), Indonesia (108) dan Vietnam (113).

Wakil UNDP Malaysia Kamal Malhotra berkata nilai HDI Malaysia naik dari 0.541 ke 0.744 antara 1980 dan 2010, kenaikan 38 peratus atau peningkatan purata tahunan kira-kira 1.1 peratus.

"Malaysia berada pada ranking ke 19 dari segi penambahbaikan HDI dalam tempoh ini, di belakang China, Korea Selatan, India dan Indonesia tetapi di hadapan Thailand.

"Dalam tempoh 40-tahun dari 1970 ke 2010, Malaysia menduduki ranking ke 23 dari segi prestasi HDI, sementara prestasi pendapatannya di ranking ke 5 dan prestasi bukan pendapatan di 66, ketara menurun dalam ranking keseluruhan," kata beliau.

Beliau memberi taklimat media selepas melancarkan Laporan Pembangunan Manusia UNDP 2010 bertajuk "The Real Wealth of Nations: Pathways to Human Development", sempena ulang tahun ke 20 laporan itu, di Pusat Konvensyen KualaLumpur (KLCC), di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad, dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin.

Malhotra berkata jangka hayat Malaysia dari masa lahir meningkat sebanyak lapan tahun antara 1980 dan 2010, bermakna tahun persekolahan meningkat kira-kira lima tahun dan tahun persekolahan yang dijangkakan meningkat kira-kiratiga tahun.

Per kapita Pendapatan Negara Kasar (GNI) Malaysia meningkat sebanyak 173 peratus dalam tempoh yang sama dan Malaysia menyaksikan jangka hayat dari masa lahir meningkat dari 73.7 tahun ke 74.7 tahun antara 2005 dan 2010, sementara per kapita GNI bertambah dari US$12,143 ke US$13,927, katanya.

"Malaysia perlu mereka dan melaksanakan dasar dan gabungan institusi yangbetul, dan menjamin perkongsian kukuh antara kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta bagi mempertingkatkan kedudukannya.

"Ini kerana Malaysia akan berdepan dengan cabaran sukar untuk menduduki ranking lebih tinggi pada HDI di masa depan ekoran banyak negara ekonomi baru dibeberapa bahagian dunia mencapai prestasi baik," katanya.

Sementara itu, Noriyah berkata menambah baik sektor pendidikan akan mengambil masa dan kerajaan sedang mengambil langkah seperti mempertingkat modal insan dan mempelawa bakat-bakat seberang laut ke Malaysia.

- Bernama

Sumber:malaysiakini

Kad Kredit:87,583 bankrap sehingga Oktober tahun ini

Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.

Berikutan daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.
"...Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.
Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.
Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang ke dua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.
"Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang.
Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.
"Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.
"Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya.
- Bernama

Sumber:Malaysiakini 14/12/2010

Furu' Al-Masa'il rungkai masalah ummah

DI Nusantara, kita telah lama mengenali kitab Furu' al-Masa'il karangan Sheikh Daud Fathani kerana ia menjadi kitab mentelaah di masjid dan surau suatu ketika dulu.
Kitab ini memaparkan masalah-masalah fikah dalam mazhab Syafie termasuk masalah furu'iyyah (cabang) yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
Hari ini, anak-anak remaja kita tidak tahu tempat khusus untuk merujuk kepada permasalahan yang mereka hadapi. Lebih-lebih lagi permasalahan sulit yang memalukan.
Anak lelaki dan perempuan berhadapan dengan masalah baligh, air mani, air mazi, hukum onani, mimpi basah, istinjak, istibrak, khatan, mandi wajib, pergaulan dengan perempuan seperti bersentuh kulit, berpegang tangan, bercium, berpeluk, berkhalwat, mukadimah zina, jimak, hubungan sejenis (homoseksual), liwat, pornografi, gay, pondan dan sebagainya.
Anak perempuan pula, berhadapan dengan masalah tambahan yang khusus berkaitan kaum wanita seperti haid, istihadhah, wiladah, hukum perempuan berkhatan, tabarruj, aurat perempuan, fesyen, pergaulan sosial, cara beriadah, hubungan sejenis (lesbian), tomboy, 'penkid', kehamilan, menopaus dan sebagainya.
Anak-anak malu bertanya kepada ibu bapa mereka. Malah tidak kurang juga ibu bapa yang tidak ada pengetahuan untuk menjawab dan menangani permasalahan anak-anak mereka. Di sekolah pula, kurikulum tidak menyediakan input untuk subjek yang disebutkan secara sempurna.
Oleh itu anak-anak akan berpaling kepada rakan sebaya mereka untuk bertanya dan mencari rujukan. Ini adalah kerana kawan-kawan mereka ini mudah memahami bahasa, masalah dan situasi mereka. Tetapi apakah kawan-kawan ini dapat menyelesaikan masalah mereka? Mungkin kawan-kawan ini juga menghadapi persoalan sama yang tidak berjawab.
Secara senyap-senyap anak-anak akan merujuk kepada Internet. Maka terdedahlah mereka kepada bahan lucah dan pornografi yang melampau.
Sumber sebegini tidak langsung memberi jalan penyelesaian dan pendidikan yang terarah tetapi lebih kepada mencari nilai komersial, keuntungan material yang diprovokasi oleh budaya Barat yang sudah pastinya bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Sesungguhnya Islam menyediakan jalan penyelesaian kepada semua masalah. Tetapi di mana sumbernya?
Pendedahan kandungan kitab Furu' al-Masa'il ini mampu memberi penyelesaian kepada sebahagian permasalahan tersebut.
Cuma bagaimana kitab-kitab agama yang nampak begitu suci dan berautoriti ini boleh dicapai oleh anak-anak remaja dengan mudah dan santai? Inilah yang cuba dihidangkan dalam penerbitan kitab Furu' al-Masa'il oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. ini supaya menarik minat anak-anak remaja untuk membaca dan menjadikan ia sebagai bahan rujukan.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md. Hashim Yahaya dalam kata-kata aluannya pada buku ini mencadangkan kitab ini dibacakan pada setiap selepas solat berjemaah atau sebelum tidur malam.
"Biarlah sedikit demi sedikit asalkan istiqamah. Bacalah secara berjemaah dalam kumpulan. Yang paling berilmu di kalangan anda mengetuai pembacaan. Pembacaan juga boleh dibuat bergilir-gilir.
"Baca dalam program usrah, halaqah atau tazkirah. Bahagian yang tidak difahami bertanyalah kepada guru atau ibu bapa," katanya.
Pendekatan dan format yang digunakan oleh syarikat penerbitan Telaga Biru amat menarik, sekali gus mampu untuk menarik remaja dan orang dewasa memiliki dan membaca kitab ini.
Ditambah dengan komitmen Datuk Abu Hasan Din al-hafiz dalam usaha penerangan terhadap isi asal kitab ini yang sukar difahami, kini kitab ini sudah bertukar menjadi sebuah penerbitan semasa. Dalam lain-lain perkataan "kitab" sudah beralih menjadi "buku'.


Sumber:Utusan Online:10/12/2010 Bicara Agama

Demostrasi Dan 'Kerja Amal' Mahasiswa

Entah mengapa hatiku terdetik untuk membicarakan topik "Beberapa Mahasiswa Ditangkap:Demo Bantah Barang Naik".Terbaru 3 orang mahasiswa sekitar lembah klang telahpun ditahan di perkarangan masjid Putrajaya dalam misinya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri.Bagiku pelajar dan mahasiswa merupakan aset terpenting yang dimiliki oleh negara dalam merancanakan kepimpinan masa hadapan.

Sejarah telah membuktikan kepada dunia betapa suara mahasiswa mampu menghancurkan sesebuah kerajaan dengan demonstrasi jalanan mereka seperti yang berlaku di Indonesia dan negara-negara barat.Aku sebenarnya tidak mahu perkara sebegitu berlaku dalam negara bertuah ini kerana saluran demokrasi masih lagi ada walaupun sangat kecil tetapi masih lagi berpeluang kepada yang mahu mengubahnya.

Berada di U , mahasiswa sebenarnya dilatih dan didedahkan dengan cara kepimpinan, kita boleh tengok mereka berbahas, berdebat semasa pilihanraya kampus untuk memilih barisan kepimpinan mahasiswa sesebuah Universiti.Maka tidak hairanlah pemimpin yang ada hari ini merupakan bekas pemimpin pelajar yang aktif suatu masa dahulu.

Aku sebenarnya mencari jawapan Mengapa mereka bertindak sedemikian sedangkan mereka adalah golongan terpelajar?
90% mahasiswa yang berada di U merupakan mereka yang datang dari status keluarga susah dan sederhana dengan kata lain asal kampung.Ada yang datang dengan belajar atas keringat sendiri,ada yang datang dengan menyaksikan titik peluh orang tua membanting tulang kerja kampung semata-mata mahu melihat anak menjejak kaki ke U menjadi manusia berguna dan membantu keluarga kelak. Golongan inilah yang sebenarnya dapat merasai bebanan yang terpaksa dipikul oleh mereka sendiri dan ayahanda dikampung yang masih lagi bergelut membesarkan anak2 untuk menjadi seperti abang atau kakak yang telahpun berada di U.Mungkin sebab ini mereka memberontak! ATAU...

Mahasiswa merupakan golongan yang meniupkan api kesedaran kepada warga di luar sana tentang hak2 yang patut diperjuangkan dan dipertahankan mengikut pertimbangan akademik mereka,mereka tidak mahu menjadi golongan yang hanya menadah ilmu semata-mata hanya untuk segenggam ijazah dan ingin miliki pekerjaan yang hebat pabila keluar dengan kata lain "biar apa pun terjadi kepada orang lain asalkan perutku kenyang"(pak turut) tetapi tidak memberi faedah kapada masyarakat diluar. Dibesarkan dalam lebuh raya maklumat atau gedung ilmu memaksa mereka mengambil kesempatan sewaktu berada dikampus untuk aktif melakukan 'kerja-kerja Amal'  untuk mambantu menyedarkan masyarakat,bagiku ini adalah roh sebenar seorang mahasiswa.

Ironisnya ada sesetengah 'Kerja Amal' yang dilakukan oleh mahasiswa dianggap pro-pembangkang dek kerana tidak selari dengan slogan,misi dan visi pemerintah.Adakah patut 'trade mark' ini diberikan?Bagiku setelah seseorang mahasiswa mengangkat sumpah sebagai mahasiswa maka  mereka sebenarnya  telah diberi tanggung jawab menuntut ilmu,menyebarkan ilmu dan menyedarkan masyarakat sebagai warga berilmu..mereka hendaklah meninggalkan tabiat 'pak turut' sebagaimana yang telah ditinggalkan semasa pemerintahan British dan Jepun satu masa dahulu..mahasiswa mestilah menjadi perintis kepada ketamadunan negara.
Pengalaman aku dikampus suatu masa dahulu sebenarnya mahasiswa tidak memihak kepada mana2 parti politik tetapi sebenarnya kesedaran ingin menyedarkan masyarakat mungkin sedikit sebanyak lari dengan kehendak pemerintah.Pemerintah hanya mahu melihat suvaival politik visi dan misi mereka berjalan tanpa ada gangguan tetapi mahasiswa hanya berdiri sebagai golongan terpelajar yang menolak elemen2 yang tidak beretika dari terus berlaku dan membebankan masyarakat.

Kenapa Mereka DiTangkap?
Jawapannya senang,'kerja amal' mereka itu akan menjatuhkan 'saham' pemerintah.

sekian,

Kenangan Sepanjang Hayat Bersama Keluarga Apaicacai Virgo

Antara kenangan yang masih segar dalam memori aku dan keluarga adalah apabila pertama kali menjejak kaki ke negeri bumi kenyalang Sarawak untuk menghantar nyetok karung ke UNIMAS,ketika itu aku cukup bertuah kerana mendapat keluarga angkat yang sangat baik hati iaitu Abang Lan(Apaicacai Virgo),kak Faridah dan anak-anak mereka yang sangat 'cuit' dan cerdik2 Niquella Fienza Magellan,kym Fienza (nama-nama FB) dan Cikgu Asiah.
Sepanjang 4 hari kami sekeluarga disana, kami dilayan seolah2 sudah mengenali lama antara satu sama lain,bermula di Airport,pengurusan lapor diri nyetok karung di UNIMAS dan membawa kami bersiar2 di bandar Kucing. Selepas kami pulang perhubungan ini berterusan dengan "menjaga" nyetok karung,maklumlah dia tiada saudara mara melainkan keluarga abang lan saja sehingga selesai memiliki segulung ijazah.
Bagi kami tiada budi dan bahasa dapat dibalas dan digambarkan melainkan hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalsanya..Bagi kami dan keluarga mengalu-alukan kehadiran keluarga abang Lan ke negeri serendah sekubun bunga (kelantan).
Bagi kami memori ini masih lagi segar dalam ingatan dan memanjatkan doa agar perhubungan ini berkekalan hingga ke anak cucu walaupun jauh beribu batu namun anda sekeluarga dekat dihati kami.



JUTAAN TERIMA KASIH KELUARGA DISARAWAK.









Manfaat, mudarat menara telekomunikasi

SECANGGIH mana telefon bimbit seperti iPhone4, BlackBerry mahupun Nokia X2 tetapi jika kawasan berkenaan tiada liputan telekomunikasi, ia tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi.

Mungkin ramai masih ingat kejadian malang menimpa seorang wanita sarat mengandung yang mati digilis keretapi semasa mencari isyarat telefon bimbit di landasan keretapi di Machang, Kelantan.
Kes tersebut membuktikan betapa pentingnya komunikasi di kalangan masyarakat ketika ini.Peratusan penggunaan telefon mudah alih bertambah setiap hari dengan bilangan pencawang telekomunikasi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dengan proses perluasan ruang liputan yang agresif, hingga akhir Mei tahun ini kadar penembusan jalur lebar berjaya mencecah 37 peratus sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar penembusan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun ini.
Apabila pengguna makin dahagakan liputan telekomunikasi ini maka ia mendorong pengendalinya menambah menara pemancar.
Pada masa ini, terdapat hampir 20,000 menara telekomunikasi di seluruh negara. Ia terdapat hampir di setiap kawasan perumahan, lebuh raya dan di atas bumbung bangunan.
Ini menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan orang ramai kerana bimbang mengenai keselamatan serta kesihatan mereka.
Ada yang mendakwa menara gelombang telekomunikasi menghasilkan sinaran radioaktif berbahaya kepada kesihatan malah mempersoalkan tahap keselamatan jika sesuatu berlaku pada menara berkenaan.
Di satu pihak, pengguna memerlukan liputan telekomunikasi untuk terus berhubung. Tetapi di pihak satu lagi tidak membenarkan menara telekomunikasi didirikan atas pelbagai alasan.
Tentu kita masih ingat kejadian di Petaling Jaya dan Cheras ketika penduduk mengadu kepada pihak berkuasa mengenai menara telekomunikasi yang dibina berhampiran dengan kediaman mereka, hingga menyebabkan menara berkenaan dirobohkan.

Setiap kali menara telekomunikasi roboh, maka hanya sebilangan kecil untung kononnya 'menang' selepas berjaya mempengaruhi pihak berkuasa. Sedangkan sebilangan besar penduduk mengalami kerugian akibat kehilangan ruang liputan untuk berkomunikasi.
Pemilik menara mengalami kerugian besar kerana kos pembinaan menelan ratusan ribu ringgit dan kos meroboh juga besar kerana besi kerangka sedia ada tidak boleh digunakan semula.
Tetapi sejauh mana dakwaan menara telekomunikasi memberikan kesan buruk kepada kesihatan itu benar?
Sebagai badan yang mengawal atur industri komunikasi dan multimedia di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pengguna.
Pengarah Kanan Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian SKMM, Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pihaknya sentiasa memantau radiasi yang dikeluarkan oleh menara serta keselamatan penduduk di sekitarnya.
"Misalnya garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan menara telekomunikasi boleh didirikan di mana saja tetapi dengan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, laporan geoteknikal, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan pemasangan awam," katanya.
Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Komunikasi dan Multimedia dalam Menjana Pembangunan Ekonomi Malaysia semasa program taklimat media mengenai Agenda Radio Frekuensi (RF) antara Media dan Industri di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.

Malah menurut Mohd Ali, SKMM memastikan merobohkan menara merupakan jalan terakhir sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan.
"Ia hanya dilakukan selepas beberapa usaha lain diambil termasuk membuat ujian kesan radiasi menggunakan peralatan khas oleh SKMM dan memberi penjelasan kepada masyarakat setempat mengenai isu berkaitan.
"Tanpa disedari kehidupan seharian sejak dilahirkan di kelilingi oleh banyak gelombang frekuensi radio (RF) akibat ledakan era teknologi maklumat bagi membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih mudah tidak kira di mana saja pada bila-bila masa," katanya.
Mohd. Ali menambah, apabila peralatan komunikasi berhubung dengan stesen pemancar, radiasi RF dibebaskan tetapi tenaga yang dibebaskan oleh peralatan adalah 20 hingga 200 kali lebih rendah berbanding radiasi yang dihasilkan oleh antena di stesen pemancar.
"Radiasi yang dipancarkan daripada stesen pemancar lebih rendah daripada piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa dan Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP).
"Iaitu hanya 0.002 peratus dan ia selamat dan tidak menyebabkan masalah kepada kesihatan," katanya.
Garis panduan ICNIRP jelas Mohd Ali bukan saja digunakan di negara ini tetapi di Singapura, United Kingdom (UK), New Zealand, Australia dan Perancis

Sumber:Utusan Online 6/12/2010(megabit)

Bahasa Arab popular di Amerika

WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.

Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.

Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).

Tetapi bahasa Sepanyol kekal menjadi bahasa popular di kalangan pelajar universiti AS selepas bahasa Inggeris dengan 865,000 pelajar mendaftar mengikuti pengajian bahas itu, meningkat lima peratus sejak 2006.

Ia diikuti bahasa Perancis dengan pendaftaran pelajar berjumlah 216,000 orang, meningkat lima peratus dan Jerman dengan 96,000 pelajar, meningkat kira-kira dua peratus berbanding 2006.

Pelajar yang mendaftar mengikuti bahasa Rusia pula meningkat dari 24,000 pada 1980 kepada hampir 45,000 orang pada 1990 ketika Kesatuan Soviet berpecah.

Lima tahun kemudian, jumlah pelajar yang mengikuti bahasa Rusia kembali merosot kepada kira-kira 25,000 orang.

Jumlah pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab telah meningkat daripada 5,500 pada 1998 - ketika al-Qaeda mengaku mengebom Kedutaan AS di Nairobi dan Dar-es-Salaam yang mengorbankan ratusan jiwa, melonjak kepada 10,584 orang pada 2002, setahun sebelum Amerika mengetuai penaklukan ke atas Iraq, dan jumlah itu terus meningkat tahun ini kepada 35,000 pelajar.

Kajian itu dibuat berdasarkan pendaftaran kelas bahasa di 2,514 kolej dan universiti di AS yang mewakili 99 peratus institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa di negara ini, kata laporan tersebut. - AFP

Sumber:Utusan Online(luar Negara)9/12/2010

Renungan:Wanita Malaysia antara tiga negara Asia berisiko tinggi hidap osteoporosis

2010/12/10
SINGAPURA: Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30an, menurut satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.

Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd, berkata kajian juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50an. Katanya, kajian yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis

"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini.

Todd berkata, kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.

Justeru, katanya, risiko osteporosis yang dihadapi golongan itu semakin meningkat apabila usia bertambah, kerana jisim tulang yang terbentuk pada usia 30an mempunyai kesan besar pada kemudian hari.

Risiko juga meningkat secara drastik bagi lelaki dan wanita dalam kumpulan usia 50an, dengan 50 peratus daripada mereka diklasifikasikan dalam kumpulan ostopenia atau tulang menipis.
Pengambilan kalsium yang rendah adalah penyumbang berpotensi kepada masalah kesihatan tulang, dan kajian mendapati secara purata pengambilan makanan mengandungi kalsium bagi golongan dewasa di Asia ialah 450 mg setiap hari.

Ia jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian, dan Pertubuhan Kesihatan Dunia iatu antara 1,000 dan 1,300 mg sehari.

Kajian juga menunjukkan rakyat Filipina dan Indonesia mempunyai keadaan tulang paling tidak sihat, manakala penduduk Taiwan dan Singapura mempunyai tulang paling kuat.

Ketua Pegawai Operasi IOF, Judy Stenmark, pula berkata osteoporosis adalah antara penyakit paling lazim di dunia, namun ia juga paling diabaikan, jarang didiagnos serta kurang mendapat rawatan.

Malah, katanya, tidak ada garis panduan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana badan kerajaan mengenai penyakit itu yang dapat dikesan menerusi ukuran ketinggian individu semakin berkurang, sakit belakang dan membongkok. - BERNAMA

Sumber:Berita Harian Online

Alangkah sedihnya Nasib Manusia Seperti Baldi

hebat kiasan dan bidalan...jangan kita menjadi nasib seperti baldi dengan timba.kes nya... tidak ada ilmu.Jangan pula kita jadi manusia yang tak mengenang budi dan tak tahu diuntung....nah dengar pesanan dari pok ku kamal.

Dikir Motivasi..kelasss

Boring2 sedap jugak layan dikir barat nih...ambo tak berapo minat dikir barat tp ada sesetengah dikir barat ni bagus jugak, sarat dengan nasihat dan buah fikiran untuk pendengar berfikir cthnya lagu ini...kalu kita hayati betul2 lirik boleh buat kita mengenangkan masa depan anak2 yang masih dibangku persekolahan.apakah mereka mampu menggalas cabaran atau lemas dibawa arus kerana disana nanti akan berlakunya pertembungan teknologi dan sosial.,antara keperluan dan adat antara budaya dan agama...akan berlakulah konflik...ketika itu Tepuk dada tanya iman. Beban ini sememagnya terpikul atas batu jemala ibubapa, bagaimana mahu mencorakkan masa depan anak-anak dengan asas yang dimiliki dan peluang yang diambil pada masa ini. ...ingatlah mereka adalah amanat Allah s.wt. kepada kita dan hujung jatuhnya bukan setakat itu saja,akhirat nanti akan disoal balik..masayAllah..

Impian oh Impian...

Cepatnya masa berlalu..tip top tip top dah hujung tahun.Soalan yang kerap diajukan oleh teman dan sahabat handai:Apa azam kau tahun baru?maka berpanjang lebar lah angan2 itu dan ini.Tak salah kita memasang impian kerana mungkin ianya menjadi dorongan untuk kita menggapainya tetapi yang salahnya jika impian yang di hajati tidak bergerak selari dengan usaha dan doa.Itu tergolong dalam angan2 mat jenin.
Banyak impian yang ku impikan setahun yang lalu tetapi ku bersyukur walaupun tak semua dimakbulkan Allah s.w.t sekurang2nya aku telah berusaha sedaya upaya..mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Ilahi.Tahun depan sememangnya ku telah memasang beberapa impian baru dan carry on impain yang tidak sempat ku capai pada 2010.Ku mengharapkan jendela baru akan memberikan 1001 harapan,peluang dan rahmat untuk aku,isteri dan anakku...Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2011
dr:TuahND & Keluarga
CT Roshidah
Mohammad Naufal Danish

Harto Anok Kelate

Berbanggalah kita menjadi anok kelatan. Hayati Dikir Barat.Tanah yang dulunya terkenal dengan tokoh-tokoh ulamak tersohor dengan aktiviti-aktiviti pondok yang menjalar ke pelusok tanah semenanjug.Sekarang wajahnya telah berubah dengan pembangunan yang pesat walaupun ini kadangkala sengaja di selindungkan oleh lidah-lidah rasmi sesetengah pihak akan tetapi percayalah kelantan sebenarnya tidak menolak pembangunan cuma cara untuk membangun mesti selari dengan pembangunan rohani.."Membangun Bersama Islam"motto keramat yang dibawa oleh TG Datuk Hj. Nik Ab. Aziz.