Sepanjang 4 hari kami sekeluarga disana, kami dilayan seolah2 sudah mengenali lama antara satu sama lain,bermula di Airport,pengurusan lapor diri nyetok karung di UNIMAS dan membawa kami bersiar2 di bandar Kucing. Selepas kami pulang perhubungan ini berterusan dengan "menjaga" nyetok karung,maklumlah dia tiada saudara mara melainkan keluarga abang lan saja sehingga selesai memiliki segulung ijazah.
Bagi kami tiada budi dan bahasa dapat dibalas dan digambarkan melainkan hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalsanya..Bagi kami dan keluarga mengalu-alukan kehadiran keluarga abang Lan ke negeri serendah sekubun bunga (kelantan).
Bagi kami memori ini masih lagi segar dalam ingatan dan memanjatkan doa agar perhubungan ini berkekalan hingga ke anak cucu walaupun jauh beribu batu namun anda sekeluarga dekat dihati kami.
JUTAAN TERIMA KASIH KELUARGA DISARAWAK.






3 comments:
hilir doh lonih pok dong....hahahaha
ha3..kawe malah nak tunjuk jah..akak hidung slalu.nak lawe nga demo x leh oghe expert doh cuma nak mintak tunjuk ajar jah kalu sifu sudi
Alhamdullilah...syukur ke Hadrat ALLAH SWT."Barang siapa yang berbuat baik dan menjalinkan silaturahim antara sesama manusia maka ia akan dikurniakan dengan kebaikan jua dan sesungguhnya Orang ISLAM itu bersaudara"Terima Kasih yang tidak terhingga kami sekeluarga di Sarawak ini ucapkan kepada Tuan Mohd Shaharudin sekeluarga(Siti Rosidah dan anak mereka Naufal Danish)diatas ingatan anda terhadap kami.Bagi kami disini tidak terlintas langsung untuk melontar jauh kenangan bersama anda malah kami genggam erat lipatan memori tersebut diingatan kami.InsyAllah sekiranya ada kesempatan Kami sekeluarga memang teringin nak datang melawat anda sekeluarga.Walaupun jauh dimata tetapi dekat dihati.Dan kami sekeluarga juga berharap sekiranya kamu sekeluarga nak bercuti ke Sarawak ni...Khabar-khabarkan lah kepada kami kerana pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk anda sekeluarga.Walaupun tidak secantik Istana Magrewo tetapi sepadan dengan Istana Mayang Sari Faridah....ha...ha...ha.Wasalam.
Post a Comment