Menjelang 10 Muharram tiap-tiap tahun baru Hijrah akan kedengaran jemputan dan pelawaan samada mahukan pertolongan tenaga untuk mengacau bubur yang di panggil Syura (istilah dikampungku) ataupun kepada sesiapa yang mahu berkongsi barangan meterial dalam membuat syura tersebut.
Tradisi ini masih lagi berterusan dikampung2 yang majoritinya melayu Islam. Sejak pagi syura dikacau dan mengambil masa sehingga petang maka dimasa itu kita boleh melihat berduyung2 budak2 beratur dengan menadah tempurung atau tapware untuk menjamu selera.
Selain daripada kebaikan yang dapat dilihat daripada tradisi tersebut seperti amalan gotong-royong,keakhraban saliturrahim dengan ahli mukim dan meraikan kanak-kanak serta golongan miskin,mungkin kita tertanya-tanya adakah pemuda dan pemudi hari ini mengetahui apakah sebenarnya erti majlis Assyura ataupun sekadar tradisi yang disambut setaip tahun dalam bulan Muharram.
Aku pernah jugak terbaca beberapa artikel tentang Assyura dimana ia berasal daripada perkataan arab yang bermaksud hari yang ke- Sepuluh.Amalan Assyura sebenarnya telah disambut sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan berpuasa sunat pada 10 Muharram.Assyura ada juga kaitannya dengan peristiwa besar iaitu memperingati "Tragedi Karbala" yang berlaku pada 10 Muharram 61H.
Sebenarnya majlis Assyura yang disambut tiap-tiap tahun awal Muharram merupakan acara yang sarat dengan pengertian dan keinsafan semuga tradisi ini berterusan dan membawa keinsafan buat kita semua.
No comments:
Post a Comment