Followers

Demostrasi Dan 'Kerja Amal' Mahasiswa

Entah mengapa hatiku terdetik untuk membicarakan topik "Beberapa Mahasiswa Ditangkap:Demo Bantah Barang Naik".Terbaru 3 orang mahasiswa sekitar lembah klang telahpun ditahan di perkarangan masjid Putrajaya dalam misinya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri.Bagiku pelajar dan mahasiswa merupakan aset terpenting yang dimiliki oleh negara dalam merancanakan kepimpinan masa hadapan.

Sejarah telah membuktikan kepada dunia betapa suara mahasiswa mampu menghancurkan sesebuah kerajaan dengan demonstrasi jalanan mereka seperti yang berlaku di Indonesia dan negara-negara barat.Aku sebenarnya tidak mahu perkara sebegitu berlaku dalam negara bertuah ini kerana saluran demokrasi masih lagi ada walaupun sangat kecil tetapi masih lagi berpeluang kepada yang mahu mengubahnya.

Berada di U , mahasiswa sebenarnya dilatih dan didedahkan dengan cara kepimpinan, kita boleh tengok mereka berbahas, berdebat semasa pilihanraya kampus untuk memilih barisan kepimpinan mahasiswa sesebuah Universiti.Maka tidak hairanlah pemimpin yang ada hari ini merupakan bekas pemimpin pelajar yang aktif suatu masa dahulu.

Aku sebenarnya mencari jawapan Mengapa mereka bertindak sedemikian sedangkan mereka adalah golongan terpelajar?
90% mahasiswa yang berada di U merupakan mereka yang datang dari status keluarga susah dan sederhana dengan kata lain asal kampung.Ada yang datang dengan belajar atas keringat sendiri,ada yang datang dengan menyaksikan titik peluh orang tua membanting tulang kerja kampung semata-mata mahu melihat anak menjejak kaki ke U menjadi manusia berguna dan membantu keluarga kelak. Golongan inilah yang sebenarnya dapat merasai bebanan yang terpaksa dipikul oleh mereka sendiri dan ayahanda dikampung yang masih lagi bergelut membesarkan anak2 untuk menjadi seperti abang atau kakak yang telahpun berada di U.Mungkin sebab ini mereka memberontak! ATAU...

Mahasiswa merupakan golongan yang meniupkan api kesedaran kepada warga di luar sana tentang hak2 yang patut diperjuangkan dan dipertahankan mengikut pertimbangan akademik mereka,mereka tidak mahu menjadi golongan yang hanya menadah ilmu semata-mata hanya untuk segenggam ijazah dan ingin miliki pekerjaan yang hebat pabila keluar dengan kata lain "biar apa pun terjadi kepada orang lain asalkan perutku kenyang"(pak turut) tetapi tidak memberi faedah kapada masyarakat diluar. Dibesarkan dalam lebuh raya maklumat atau gedung ilmu memaksa mereka mengambil kesempatan sewaktu berada dikampus untuk aktif melakukan 'kerja-kerja Amal'  untuk mambantu menyedarkan masyarakat,bagiku ini adalah roh sebenar seorang mahasiswa.

Ironisnya ada sesetengah 'Kerja Amal' yang dilakukan oleh mahasiswa dianggap pro-pembangkang dek kerana tidak selari dengan slogan,misi dan visi pemerintah.Adakah patut 'trade mark' ini diberikan?Bagiku setelah seseorang mahasiswa mengangkat sumpah sebagai mahasiswa maka  mereka sebenarnya  telah diberi tanggung jawab menuntut ilmu,menyebarkan ilmu dan menyedarkan masyarakat sebagai warga berilmu..mereka hendaklah meninggalkan tabiat 'pak turut' sebagaimana yang telah ditinggalkan semasa pemerintahan British dan Jepun satu masa dahulu..mahasiswa mestilah menjadi perintis kepada ketamadunan negara.
Pengalaman aku dikampus suatu masa dahulu sebenarnya mahasiswa tidak memihak kepada mana2 parti politik tetapi sebenarnya kesedaran ingin menyedarkan masyarakat mungkin sedikit sebanyak lari dengan kehendak pemerintah.Pemerintah hanya mahu melihat suvaival politik visi dan misi mereka berjalan tanpa ada gangguan tetapi mahasiswa hanya berdiri sebagai golongan terpelajar yang menolak elemen2 yang tidak beretika dari terus berlaku dan membebankan masyarakat.

Kenapa Mereka DiTangkap?
Jawapannya senang,'kerja amal' mereka itu akan menjatuhkan 'saham' pemerintah.

sekian,

3 comments:

Anonymous said...

ngaji wak caro ngaji, tak payoh dok berdemo2 lah

Tuan Mohd Shaharudin & Siti Roshidah said...

ha3..alraight tuan,yes sir,fine bos..pak turut

Tuan Mohd Shaharudin & Siti Roshidah said...

buke demo..kerja amal lah